INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, March 9, 2009

PUPUK JATIDIRI ANAK BANGSA MELALUI BAHASA IBUNDA - Datuk Seri Dr Rais Yatim


KOTA BHARU:

1. "Murid sekolah rendah sewajarnya mendapat didikan awal dalam bahasa Melayu, termasuk bagi subjek Sains dan Matematik bagi memupuk jati diri, identiti dan budaya Melayu sejak dari peringkat awal.

2. "contohi sekolah aliran Cina yang menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah, sebelum bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar dua subjek itu pada peringkat menengah".

3. "ia wajar dipertimbangkan Kementerian Pelajaran sebagai jalan keluar terhadap isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan pelbagai pihak sehingga membawa kepada demonstrasi jalanan".

4. "Saya yakin bahasa Melayu mesti digunakan dalam memupuk identiti dan budaya bangsa Melayu sekurang-kurangnya mulai Tahun Satu hingga Lima, iaitu sama seperti bahasa Mandarin diajar di sekolah Cina terutama dalam Sains dan Matematik".

5. "Pendidikan yang diterapkan di sekolah Cina adalah sebegitu, sebab itu budaya dan bahasa mereka mantap. Kita tidak boleh lagi melaksanakan dasar ini secara cuba-cuba, sekarang perlu mantapkan (bahasa Melayu) mengikut Akta Pelajaran".

6. "Sebaik-baiknya kita perlu berjumpa dengan golongan cendekiawan Melayu dan pejuang bahasa dan kita tak boleh nafi pandangan mereka kerana ini soal budaya dan identiti bangsa, bukan mudah untuk kita mengetepikan (pandangan) pihak terbabit. Perkara ini mesti difikirkan bersama oleh Umno kerana ia tertakluk dalam Perlembagaan iaitu perjuangan menerusi bahasa," katanya.

7. "PPSMI juga menyebabkan bahasa kebangsaan tidak berkembang kerana penulis enggan menghasilkan buku rujukan dalam bahasa Melayu memandangkan pelajar kini terpaksa merujuk kepada bahan bacaan dalam bahasa Inggeris". Penulisan buku dalam bahasa Melayu mesti banyak, sekarang kalau kita tulis (dalam bahasa Melayu) orang tak beli kerana bahasa Inggeris jadi bahasa penghantar di sekolah, bahasa kita tak berkembang (kerana) ilmu kedoktoran dan sains tak ditulis dalam bahasa Melayu.

8. "Sebaliknya, buku Mandarin laku, jadi kena kembali kepada dasar yang mana Akta Pelajaran menetapkan bahasa Malaysia menjadi bahasa penghantar dalam pengajaran di sekolah, mungkin ini menyebabkan timbul masalah kepada beberapa pihak, tetapi boleh diselaraskan semula".

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim
Sumber:Berita Harian Online /9 Mac09

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial