INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, March 4, 2009

AKU IBARAT PENGEMBARA

Dalam konteks melihat dan menerima kehidupan selepas mati, sekelian manusiawi yang wujud di permukaan bebola bumi ini, sebanyak mana pun jumlahnya, mereka secara umumnya hanya terbahagi kepada dua bahagian:


a. Ada yang melihat bumi ini bakal kekal selama-lamanya, maka mereka memilih untuk hidup sebagai pemastautin tetap, lalu hiduplah mereka sesuka hati mereka, kepura-puraan, alpa dan leka, bermewah-mewah, bermegah-megah, mencetuskan kekacauan, kerosakkan dan kemusnahan.


Seandainya matipun, mereka beranggapan bahawa ia penamat kepada segala cerita dan peristiwa. Inilah pegangan hidup golongan athies, free thinker, mulhidin dan sebahagian besar manusia yang ragu-ragu akan kehadiran hari pembalasan bahkan langsung tidak meyakini dan menolak mentah-mentah peringatan Tuhan mengenainya.


b. Golongan kedua pula iaitu golongan yang minoriti yang melihat dan meyakini dunia ini bakal fana dan sementara cuma. Dunia difahamkan sebagai tempat persinggahan dan mencari bekal buat perjalanan yang masih jauh dan tidak berpenghujung.


Sesuai dengan nama ‘tempat persinggahan’, maka golongan kedua memilih dan memutuskan untuk hidup sebagai pengambara.

Seorang pengembara, sang musafir dan perantau itu, tabiat dan resamnya akan terus mengembara dan mengembara.


Pengembaraannya tidak akan terhenti sebelum sampai ke destinasi sebenar. Di mana-mana ia singgah pun ia singgah sebagai pengembara. Bukan sebagai pemastautin. Singgahnya pengambara di mana-mana stesyen, lokasi atau prhentian adalah persinggahan yang sementara atau transit cuma. Seperkara lagi, hidup selaku pengembara adalah sebuah hidup yang ala kadar, simple dan sangat sederhana.



Ini kerana pengembara atau sang musafir penuh yakin dan sedar bahawa disebalik kehidupan dunia ibarat fatamorgana ini adanya kehdupan sebenar lagi hakiki yang menjadi titik noktah perjalanan mereka. Untuk benar-benar ‘ santai dan berehat’ di kehidupan abadi, pengembara bertindak meminimumkan bebanan (dosa, amanah, tamakkan harta) dari pundaknya, namun sebaliknya ia memaksimumkan iman, taubat dan amalannya sebagaimana yang dituntut ke atas dirinya.


Pilihan golongan kedua inilah bertepatan dengan kehendak Rabbul Jalil lagi bersuluhkan sirah (sunnah) Nabi Muhammad saw.


Suatu ketika, Saidina Umar Al Khattab r.a. menziarahi rumah Nabi saw..Ketika itu baginda saw sedang tidur di atas tikar yang diperbuat daripada pelepah kurma. Setelah baginda saw bangun dari tidurnya, kelihatan pipi baginda baginda berbekas dan berbirat kerana keras dan kasarnya tikar tadi.


Umar penuh sayu menyapu pipi Nabi saw yang berbekas itu sambil berkata: “Ya Rasulullah, marilah kita cari tikar yang lebih baik dan lembut”. Rasulullah saw berkata: Tak mengapalah wahai Umar.Aku hidup di dunia ini hanyalah ibarat ‘Pengembara” yang berjalan ditempat yang panas, kemudian ia rehat berteduh sebentar di bawah rimbunan bebayang pokok dan kemudiannya dia terus berangkat meninggalkan tempat rehat (pokok) itu”.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial