INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, March 22, 2009

KURNIAKAN KAMI KESABARAN NABI AYYUB A.S.
















Setelah sekian lama hati dibiarkan serakah meranduk dosa dan menggomol maksiat tanpa rasa malu dan takut pada Allah, kini hati insan yang asalnya lembut dan lunak seketika dahulu telah bertukar menjadi hati yang keras membatu atau ia menjadi sekeras besi. Hati yang disebut AL QALBUL QOSI.


Seketul hati bila sudah sampai ke tahap ini, maka segala peringatan yang diberi hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Yang hitam dikatanya putih dan begitulah sebaliknya. Dosa dikatakan pahala manakala pahala pula dikatakan dosa. Ini kerana titik-titik hitam dosa telah kuat berselaput, melekat dan melumuri hati akibat sikap membelakangkan kebenaran, menjauhi dan meremehkan taubat.


Hanya pada Allah sahaja, tempat kembali hamba-hamba yang rawan bagi merawat dan mengislahkan kembali hati-hati mereka yang sudah tidak ketahuan. Selain taubat Nasuha, pemilik QALBUL QOSI seumpama kita, sekali-kali tidak boleh putus mengharap dan berdoa sepenuh hati agar jiwa yang busuk dan kotor ini dibersihkan, jiwa yang keras membatu ini dilembutkan kembali sebagaimana Dia melembutkan besi keluli buat hambanya yang soleh, Nabi Daud a.s.

Dalam proses mujahadah dan Tazkiyah demi meninggalkan zulmat jahiliah dan titik-titik hitam noda untuk mengatur langkah pulang ke HADRAT Allah Yang Maha Esa, maka sudah tentu menuntut kesabaran yang tidak sedikit. Semoga dikurniakan kemantapan sabar sebagaimana kentalnya kesabaran hambaMu yang mulia, Ayyub a.s. AstaghfiruLLahal 'Azhim.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial