INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, September 1, 2008

SOLAT PENCEGAH JENAYAH


BUKIT MERTAJAM, 31 Ogos (Hrkh) - Pihak polis mengakui dengan cara mengerjakan sembahyang mengikut panduan agama masing-masing sahaja dapat membendung kes jenayah yang semakin meningkat sekarang ini.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Awam, Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Chif Inspektor Chong Kean Heng:

1. Bila seseorang mengerjakan perbuatan terbaik dalam agamanya lazimnya orang itu tidak akan terdedah dengan berbagai gejala yang merugikan masa depan bangsa dan agamanya.

2. Gejala jenayah hanya boleh diatasi dengan cara mengerjakan sembahyang mengikut budaya agama masing-masing, Tanpa tunduk pada tuhan seseorang itu boleh berkelakuan 'kurang ajar' atau lebih membimbangkan wujudnya Gengsterism di kalangan remaja sekolah.

3. Ibu bapa di rumah wajar memastikan anak-anak mereka sembahyang atau membaca kitab suci bagi memandukan perjalanan mereka ketika berhadapan dengan dunia global.

4. Antara faktor pendorong remaja terlibat dengan gejala yang tidak sihat itu ialah pengaruh kawan, remaja yang kurang keyakinan diri dan direkrut secara paksa oleh ahli kumpulan.

5. Semua pihak kena mainkan peranan masing-masing mengikut keperluan kerana tanpa pengawasan yang cukup menyenangkan mereka ke gejala yang dianggap tidak bermaruah.

6. Ibu bapa harus juga mengenal pasti siapa rakan taulan anak-anak di samping menyibukan masa mereka dengan aktiviti yang bermanafaat.

Sumber: Harakah Online

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial