INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, September 18, 2008

Makkah diiktiraf model bandar pintar Muslim

Kota suci lengkap pelbagai kemudahan, teknologi terkini


JEDDAH: Bandar suci Makkah bakal menjadi bandar pintar serta contoh bandar raya Muslim yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan teknologi terkini bagi faedah jutaan jemaah umrah serta haji, selain penduduk tempatan.

1. Sehubungan itu, satu persidangan antarabangsa dua hari mengenai bandar pintar akan diadakan di Makkah pada Januari depan bagi membincangkan usaha berkenaan. , lapor Arab News semalam.

2. Persidangan tersebut akan dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Makkah dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Penerangan serta Pusat Penyelidikan Haji.

Datuk Bandar Makkah, Osama Al-Bar berkata:

1. Ia adalah persidangan terbesar mengenai bandar pintar yang pernah diadakan di sini".

2. Selain aspek prasarana bersesuaian, persidangan itu juga bertujuan meningkatkan perkhidmatan oleh pelbagai jabatan kerajaan yang menjaga kepentingan penduduk setempat serta jemaah.

3. Ia bakal menjadikan Makkah sebagai bandar contoh negara Islam di seluruh dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Saintifik persidangan itu, Mohammed Maqazi pula berkata:

1. Transformasi bandar Makkah itu memang amat diperlukan demi memenuhi permintaan jemaah dari seluruh pelusuk dunia yang berpusu-pusu ke bandar suci berkenaan.

2. Jemaah memerlukan penginapan, makanan, saluran maklumat dan komunikasi serta cara pengangkutan yang berkesan. Kombinasi teknologi terkini seperti rangkaian komunikasi jalur lebar sudah pasti dapat memberi manfaat kepada pengunjungnya."

Sumber: Berihata Harian Online : 22 sept 2008

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial