INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, September 2, 2008

Mufti sokong kenyataan Zahid

KUALA LUMPUR: Mufti dan tokoh agama menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan jadikan sumpah mubahalah sebagai satu trend dalam masyarakat sebagai sangat wajar bagi mengelak timbul kacau bilau di kalangan umat Islam.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi :

1. Jangan jadikan sumpah mubahalah sebagai satu trend dalam masyarakat, sebaliknya ia perlu dilaksanakan selepas proses perundangan membabitkan orang yang menuduh dan orang dituduh diputuskan dalam mahkamah.


2. hukum terhadap sumpah mubahalah wujud dalam undang-undang Islam dan seharusnya dibuat selepas proses perundangan bagi memastikan ia tidak dipolitikkan hingga mengakibatkan nilai sumpah itu seperti tidak berharga.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata:

1.Sumpah mubahalah sebenarnya ialah sesuatu yang tidak digalakkan dalam Islam kerana ia boleh menjurus ke arah memporakperandakan umat Islam.

2. Sebagai umat Islam kita kena bersangka baik antara satu sama lain. Soal sumpah muhabalah memang amat tidak digalakkan dalam Islam.

Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata:

1. Seelok-eloknya sumpah mubahalah tidak boleh dirujuk kepada badan tertentu secara tidak menentu.

2. Perkara sumpah mubahalah tidak boleh main-main.

3. ada perkara dibicarakan dalam mahkamah tidak boleh dijadikan mubahalah. Kalau ada, maka tak perlu ada mahkamah, guna mubahalah saja.

Sumber: BeritaHarian Online

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial