INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, April 19, 2010

FAKTOR BERTAMBAH & BERKURANGNYA IMAN

1. Setelah beroleh nikmat Iman dan Islam, maka hendaklah kita syukuri keduanya dengan segala daya, tenaga dan upaya kita kerana dengan memiliki keduanya, hakikatnya seorang itu dikira telah memiliki sebesar-besar nikmat Allah SWT.
2. Sekiranya kita menjadi hamba yang bersyukur, melakukan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya serta tekun beramal soleh, maka iman kita akan semakin bertambah. Semakin cemerlang dan gemilang.

3. Kita tidak boleh rasa selesa dengan ‘pemilikan’ sekadar secubit atau se’ciput’ pencapaian iman kita. Usaha untuk menambah dan menjana iman, mestilah dilakukan secara terus menerus kerana di situlah nilai kemuliaan dan sumber kebahgiaan. Kalau setiap orang tidak henti berfikir dan merancang untuk menambah wang, harta dan asset duniawinya, mengapa tidak ia juga turut berusaha keras, ligat berfikir dan merencana untuk melakukan ‘penambahbaikan’ IMAN nya demi kebahgiaan dunia dan akhiratnya?
4. Kalau iman tidak disyukuri dan dihargai bahkan dosa pula ditimbuni, maka iman akan semakin merosot dan beransur kurang. Bila iman berkurangan, maka seorang hamba akan semakin jauh dari petunjuk, hubungannya dengan Allah swt semakin longgar dan sikapnya akan bertambah liar dengan manusia. Jesteru, orang yang tidak bimbang kalau imannya merudum, tidak sedih andai imannya berkurangan adalah orang yang amat jahil tentang makna, nilai dan betapa berharganya iman. Ini kerana hatinya semakin rapat terkunci malah gambaran kehidupan yang sedemikian selalunya berakhir dengan Su-ul Khatimah. Wal’iyazu billah.
5. Maka itulah pegangan Jumhur ulama kita. Dahulu dan sekarang. Bahawa iman itu boleh bertambah dan berkurang. “Aku telah berjumpa (menemui) ribuan ulama. Aku dapati tiada seorang pun dari kalangan mereka yang berselisih pendapat bahawa iman itu (gabungan) kata (Qaul) dan amalan, boleh bertambah dan berkurangan.” (Fathul Bari: 1/61)
6. Ya,marilah bersama-sama kita subur dan tingkatkan iman kita. Marilah kita beramal sementara peluang dan masa masih ada. Namun apa caranya?
7. “Apakah faktor bertambah dan berkurangnnya iman?,” tanya orang ramai kepada ‘Umair bin Habib bin Hamasyah rahimahullah setelah mana beliau mengatakan bahawa iman itu menerima penambahan dan pengurangan. Jawabnya: “Bilamana kita mengingati Tuhan kita dan rasa takut kepadaNya, maka bertambahlah iman dan apabila kita bersikap lalai, melupakan Tuhan dan mensia-siakan perintah dan laranganNya, maka berkuranganlah iman.” (Al-Iman oleh Ibn Abi Syaibah : mukasurat7).

2 comments:

Masshah said...

Betul dan tepat tu Ustaz..Iman adalah segala-galanya..tanpanya hidup ini pasti tak bahagia,keluh kesah,mengeluh..iman adalah perisai buat kita yang menyakini Allah.Iman adalah mutiara yang sangat berharga,jagai dan bajai Iman kita.Iman dan Taqwa tidak boleh di pisahkan..

Yusoff, Masjid An-Nursaid...

السلام عليكم ورحمة الله
Ada 3 unsur utama dlm diri setiap manusia iaitu akal, iman dan nafsu. Akal kita perlu diberi ilmu. Hati kita perlu diberi iman dan nafsu kita perlu dididik. Barulah kita akan menjadi seorang hamba ALLAH yg sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH. والله إعلم

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial