INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, February 16, 2010

TANGAN KANAN VS TANGAN KIRI

Semboyan utama iblis dan syaitan itu tidak lain daripada menyeru dan mengajak manusia ke arah kesesatan dan kekufuran. Sebelum tibanya qiamat atau kematian, mereka akan memastikan sebanyak mungkin manusia serta jin yang akan turut diheret bersama mereka ke dalam kawah neraka yang apinya menyala-nyala.

Sebab itu dari awal lagi Islam tidak suka dan tidak redha bilamana ada umatnya menonong dan membuta tuli mengikut cara hidup dan jejak langkah syaitan yang terkutuk itu. Namun dek kerana kejahilan manusia dan kemarau iman di hatinya, maka telah banyaklah jejak langkah syaitan diikuti, dipromosi bahkan diperjuangkan walhal telah jelas sekali di dalam al quran bahawa Allah swt telah melarang manusia daripada mengikuti segala jejak langkah syaitan itu.

Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.” (Al-Baqarah: 208)

Bagaimanakah cara hidup syaitan itu?

Itulah cara hidup yang total menderhakai Allah swt dan menyalahi sunnah Rasulullah saw. Cara hidup yang mempamerkan kesombongan dan selalu membelakangi perbuatan-perbuatan mulia sebagaimana yang disyarakkan Islam.

Kerana itu, perhatikan bahawa syaitan sentiasa fokus kepada gerak kerja dakyahnya dan berkerja keras di sepanjang musim bagi mengalihkan pemerhatian kita dari jalan taqwa dan amal Islami yang diredhai Ilahi kepada jalan kederhakaan, kedosaan dan kehinaan.

Sebagai contoh, Islam menyuruh umatnya menjamah dan menyuapkan makanan ke mulut mereka dengan menggunakan tangan kanan.

Sabda Rasulullah saw: “Janganlah seseorang kamu makan dan minum menggunakan tangan kiri, kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.” (Riwayat Abu daud & An Nasaie daripada Abdullah Ibnu Umar rdhma).

Respon sekelian hamba yang beriman ialah ‘kami dengar dan kami patuh’. Suruhan dan perintah Allah dan rasul pasti ada hikmah dan fadhilatnya!

Namun, apa pula respon syaitan? Hahh!! Tak usah kita makan dengan tangan kanan. Makan dengan kanan tak ada class. Tak standard langsung! Makan saja dengan tangan kiri!! Hasil dari dakyah dan was-was syaitan, maka perhatikanlah beberapa ramai dari kalangan umat Islam yang berbangga sekali menjamah dan menyuapkan rezeki Allah ke mulutnya menggunakan tangan kiri mereka.

Apa lagi respons syaitan selepas itu?? Dia tentu saja tersenyum puas sambil berkata: “Haa, macam inilah yang aku mahu. Macam ni lahh baru ada kelas dan standard. Teruskan…teruskann…”

Berperang dengan Syaitan

Bagi menyalahi dan menyingkiri syaitan dan ‘order kekirian’nya itu, maka Islam banyak sekali menyaran dan menyuruh umatnya mendahulu dan menggunakan tangan kanan dalam melakukan kerja-kerja yang baik dan mulia menurut pandangan syarak seperti mengambil, memberi, bekerja, menulis dan seumpamanya. Inilah yang dikatakan berperang dengan syaitan. Syaitan kata tangan kiri, kita kata dengan tangan kanan. Perperanagn dan pemboikotan sampai bila-bila.

Selain itu, penggunaan tangan kanan dalam hal-hal yang kita sebutkan tadi akan menghasilkan keberkatan dan kelebihan yang berganda-ganda di sisi Allah swt. Yang sangat utamanya ialah seseorang yang menggunakan tangan kanannya untuk makan dan lain-lain kerja dan tugasan mulia sebenarnya telah mencontohi akhlak, adab dan sunnah Rasulillah saw. Bilamana diniatkan untuk mencari keredhaan Allah dan mencontohi baginda saw, maka ia membuahkan pahala yang amat besar.




0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial