INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, December 5, 2009

LEPAS TIGA HARI, HATIPUN MATI

Awal-awal pagi ini elok kita tanyakan diri sendiri: “..Sudah berapa hari, berapa minggu dan berapa bulan agaknya kita tidak menghadiri majlis ilmu atau majlis zikrullah?

Alhamdulillah andai kita dizinkan Allah dapat terus beriltizam dan beristiqamah mencintai dan menghadiri majlis yang digambarkan Rasulullah saw sebagai taman-taman syurgawi itu. Pun begitu, bagaimana pula dengan isteri dan anak-anak kita? Apakah mereka juga turut beristiqamah mencintai majlis-majlis mulia yang turut dihadiri para malaikat itu?


Ramai orang tidak sedar atau pun terlupa dengan dua kombinasi atau dua gabungan yang ada pada dirinya lalu menjadikan dirinya tidak seimbang bahkan tidak adil. Dua kombinasi itu adalah kombinasi jasmaniah (jasad lahir) + kombinasi rohaniah (jasad batin).

Sebagaimana jasad lahir perlukan makanan, maka demikian juga jasad batin (rohaniah) juga amat memerlukan makanan. Itulah yang sering kita sebut sebagai ‘santapan rohani’.

Santapan (makanan jasmani) semua orang sudah faham. Itulah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam kita. Ya, manusia makan untuk kesinambungan kehidupan. Supaya jasad dapat hidup sihat, cergas, bertenaga dan kuat bekerja. Kata mereka: ‘makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan’.

Manakala makanan (santapan) Rohaniah itulah iman, hidayah, taufiq, ilmu dan hikmah. Santapan rohaniah inilah yang banyak manusia telah abaikannya. Rohaniah mereka kering kontang kelaparan. Lihat! Manusia sudah amat tidak adil pada dirinya sendiri! Dia hanya mementingkan tubuh lahir (jasmaniah)nya sahaja sebaliknya telah mengabai dan meng ’anak tiri’kan rohaniahnya.

Sebagaimana tubuh lahir akan meragam dan buat ‘fi’il’ bilamana ia kelaparan dan kehausan, maka demikian jugalah apabila rohaniah seseorang meragam atau merajuk kerana tidak diberikan makanan. Agaknya ‘gejala sosial’ , keruntuhan akhlak, kerendahan budi serta kemesorotan integrity yang bercambah dewasa ini semuanya berpunca dari rohaniah manusia yang kelaparan dan kehausan kerana sikap diskriminasi tuan empunyanya sendiri. Siapa lagi?

Sebagaimana perut akan memulas dan meragam keracunan kalau ia dihadapkan dengan juadah yang basi, maka demikianlah natijahnya pabila rohaniah diberikan ‘santapan’ atau ‘juadah’ yang salah. Akan meragam dan meranalah dia. Siapa punya angkara??

Ibnul Qayyim ada berkata: Seorang ‘alim (‘Arif Billah) menyebutkan: “..Bukankah seorang yang sakit itu andaikata dihalang terus dari mengambil makanan, minuman dan ubat, maka dia akan menemui kematian?? Orang ramai menjawab: “Ya.” Kata orang alim lagi: “Demikianlah jadi (akibat)nya apabila hati terhalang dari menerima ilmu dan hikmah selama tiga hari, maka akan matilah ia!”

Ibnul Qayyim menyambung lagi: “Benar sekali kata-kata al ‘arif billlah itu. Sesungguhnya ilmu itu makanan hati. (Tanpa ilmu) dia akan mati. Tetapi (ramai manusia) tidak sedar akan kematiannya macamlah hal keadaannya orang yang telah hilang akalnya kerana mabuk dan orang yang berada di kemuncak ketakutan.”

Orang yang mabuk sudah tidak tahu apa yang dia ucapkan dan apa yang dia lakukan. Terberak terkencing sana sini. Orang yang dikemuncak rasa takut pula, akan melakukan perkara yang tidak masuk akal yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Macam orang yang kena kejar anjing. Punyalah takut, pagar yang tinggi pun boleh lompat macam tu saja. Semuanya kerana keadaan ‘tidak sedar’ yang berlaku.

Macam itulah orang yang hatinya mati. Dia langsung tak sedar dan tak perasan yang hatinya telah mati. Hanya orang beriman sahaja yang bimbang dan takut kalau hatinya sakit apalagi kalau hatinya mati. Namun orang yang Fajir tetap tidak sedar bahawa hatinya telah lama mati sebelum jasad lahirnya mati.

5 comments:

pujaan said...

assalamu'alaikum..

apa yg saya lihat dlm masyarakat kita adlh kebanyakan drpd mereka seolah2 hanya mementingkan diri sendiri.

yg bapak pi masjid..maknye tggl kat rumah. anak laki merempit kat tgh jalan. anak perempuan duk kat tgh pekan.

seolah2 kita lupa yg "setiap kita adlh pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap perbuatan orang2 yg kita pimpin"

sekadar peringatan utk diri s'diri.. wassalam..

Yusoff, Masjid An-Nur Saujana Utamasaid...

السلام عليكم ورحمة الله

Saya bersetuju dengan fenomena yang berlaku sekarang seperti yang dinyatakan oleh "pujaan". Tapi tidak boleh menyalahkan ayahnya bulat-bulat dan kita tidak sepatutnya berburuk sangka kepada bapa yang anaknya tidak mengikut ajakan ayahnya untuk ke masjid atau majlis ilmu. Adakah benar ayahnya tidak menyuruhnya untuk ke majlis ilmu? Atau ayah dah ajak tapi anaknya tidak mahu?

Iman tidak boleh diwarisi. Jika ayahnya imam, belum tentu anaknya juga akan menjadi imam. Jika ayahnya ahli agama, belum tentu anaknya juga akan menjadi ahli agama. Lihat sahaja sekarang ini, berapa ramai yang ayahnya ahli agama, tapi anak mereka mendedahkan aurat, berpeluk sana sini baik di dalam realiti kehidupan mahu pun di dalam lakonan drama dan sebagainya.

Itu adalah ujian ALLAH kepada ayahnya. Sedangkan Rasulullah yang merupakan kekasih ALLAH juga diuji dengan begitu hebat dalam usahanya berdakwah kepada manusia, inikan pula kita yang saban hari melakukan dosa.......

Sebab itulah ada ulama berkata, sekiranya kita hendak membaiki dunia, kita perlu baiki manusia itu sendiri kerana manusia yang mentadbir dunia. Sekiranya kita hendak membaiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Dan sekiranya kita hendak membaiki hatinya, kita perlu baiki solatnya. Sempurnakah wuduknya? Jika wuduk pun tidak sempurna, bagaimana pula dengan solatnya? Bukankah ianya akan memberi kesan kepada solat kita. Walaupun pada hakikatnya, solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perkara keji dan munkar, berapa ramai orang yang solat, tetapi selepas solat melakukan berbagai-bagai maksiat kepada ALLAH? Apatah lagi untuk hadir ke majlis-majlis ilmu?

Rasulullah pernah menyuruh kita menyuruh anak melakukan solat ketika umurnya 7 tahun dan pukullah mereka ketika umurnya 10 tahun jika mereka tidak mengerjakan solat.

Rasulullah pernah bersedih dan menangis ketika bapa saudaranya hendak meninggal dunia sehingga turunnya firman ALLAH,

إنك لا تهدى من أحببت ولكن الله يهدى من يشاء

"Sesungguhnya engkau tidak boleh memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi tetapi ALLAH yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Ia kehendaki..."

Sebab itu ayah yang beriman, akan sentiasa berusaha untuk memelihara dirinya dan ahli keluarga dari api neraka ALLAH serta sentiasa mendoakan anak-anaknya agar menjadi anak yang soleh, yang cintakan ALLAH dan rasulNya serta majlis-majlis ilmu.

Demikianlah peringatan untuk diri saya. Mudah-mudahan kita diampunkan oleh ALLAH.

Sekian, ampun maaf sekira terdapat kesalahan saya.

والله اعلم

SAHABAT AMAL said...

melihat kepada kedua2 catatan pujaan dan Imam yusuf, apa yang perlu lakukan adalah terus berdakwah dan menyeru kepada kebaikan. Kempen ke arah taqwa dan seruan dakwah yang berterusan itulah sunnah para Rasul 'alaihimus solatu was salam.

Benar kata Imam Yusuf, iman tidak dpt diwarisi. Lucu juga bila melihat ada anak-anak datang bertandang ke surau, namun ayah ibunya pula tidak kelihatan. Mungkin sibuk agaknya.

Mudah-mudahan kecintaan kita kpd majlis ilmu (taman syurga di atas dunia) akan menjadi jalan serta asbab kita dapat berkampung di syurga nan abadi. Terimakasih di atas komen sdr berdua.

heidialisaid...

soal mementingkan diri sendiri membuat saya tertarik,mengamil kata2 setiap kita adalah pemimpin,jd sebagai pemimpin rasanya lebih baik memberi contoh terbaik agar dapat dijadikan ikutan misalnya bapa mestilah mengutamakan keluarga terlebih dahulu mendidik isteri dan anak2, isteri menutup aurat biar sempurna,begitu juga anak perempuan,bila nanti orang yang mengikut akan turut mnutup aurat,bak kata pepatah guru kencing berdiri murid kencing berlari.pentingnya peranan pendakwah dalam menjadi contoh kepada awam.

SAHABAT AMAL said...

terimakasih di atas komen heidiali. sekali lagi saya bersetuju berkenaan contoh teladan di dalam kepimpinan. memetik catatan Langit Ilahi.com dalam post terbarunya 'Qudwah Qabla Dakwah' iaitu tampilkan teladan sebelum dakwah.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial