INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, December 11, 2009

Ilhad : Kekufuran Tahap Tertinggi

1. Seorang yang tidak mengaku dan mempercayai adanya Rabb yang Maha Pencipta, Pengurus dan Pentadbir jagat raya ini adalah seorang yang digelar Kafir Mulhid. Tahap kekufurannya itu dinamakan Ilhad ataupun Al Juhud dari kerana keingkarannya yang maksima tegar dan tidak mengakui kewujudan Allah swt.

2. Tidak setakat itu. Kekufuran tahap tertinggi ini melebar kepada penafian adanya para malaikat, Kitab-kitab Samawiy, sekelian Rasul-rasul Allah bahkan menolak mentah-mentah kebenaran wujudnya alam Akhirat sebagai hari pembalasan, perhentian terakhir dan kampung abadi sekelian manusia.


3. Kekufuran jenis ini ada di setiap belahan zaman dan detik masa. Matlamat, semboyan dan slogan mereka hanyalah keduniaan, kesyahwatan dan kebendaan semata-mata. Hakikatnya itulah sembahan-sembahan mereka. Bagi mereka agama adalah candu kehidupan.

4. Dalam surah Al An’am Allah swt dedahkan kepalsuan dan kebobrokan pegangan mereka. “Dan mereka mengatakan: Hidup ini hanyalah kehidupan kita di di atas dunia sahaja dan sekali-kali kita tidak akan dibangkitkan.” (Al An’am: 29).

5. Di atas kekufuran kategori Ilhad inilah terbangunnya asas fahaman idealogi komunisme di beberapa ceruk dan belahan dunia. Namun kini, kita sedang menyaksikan betapa yang batil itu pasti akan lenyap jua sat sampai ketentuanNya. Apakah kita tidak menyaksikan bahawa kini fahaman komunisme ini semakin lemah dimamah zaman dan hampir tumbang sampai ke akar umbinya?

6. Negara-negara yang mana menjadikan idealogi komunisme sebagai asas pegangan dan perlembagaan kehidupan mereka biasanya memperjuang dan menyebarkan fahaman-fahaman sesat seperti berikut:
a. Bahawa Tuhan tidak pernah ada.
b. Hidup ini hanyalah untuk berseronok dan bersenang lenang sahaja.
c. Agama adalah perkara khurafat, karut marut dan dan tipu belaka.
d. Ketuhanan adalah isu dongeng dan cerita kosong semata-mata.

7. Antara idea dan falsafah terburuk lagi hanyir yang telah di’telur’ dan di’netas’kan oleh pemikir-pemikir komunis yang mulhid itu ialah: “Tidak benar Allah menciptakan manusia! yang sebenarnya manusia lah yang menciptakan tuhan!

8. Maka jelaslah kepada kita bahawa inilah hakikat kekufuran dan penyakit syirik yang paling dahsyat lagi jauh tersesat. Nampakkah kita betapa asasnya terbina di atas kondisi yang amat rapuh dan sungguh hina? Ianya bercanggah dengan logika yang waras, fitrah yang suci, ilmu yang menyuluh, sejarah, hakikat alam raya bahkan amat bercanggah dengan wahyu Allah yang diturunkan kepada sekelian Rasul dan Nabi ‘alaihimus solatu was salam sepanjang sejarah kehidupan manusiawi.

9. Benar kata Allah di dalam firmanNya: “Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan hari kemudian (Akhirat) maka sesungguhnya ia telah sesat sejauh-jauhnya.” (Surah An Nisa: 136).

Rujukan: Fiqhul Aulawiyyat/Al ‘Allamah Prof Dr Yusuf Al Qardhawi Rahimahullah.

1 comments:

zaman shah said...

Semoga terus mempertingkatakan amalan ke imanan dan amal Soleh kita,dan di jauhkan dari sifat kufur...

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial