INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, November 11, 2009

PEREKA PINTU EMAS KA'ABAH MENINGGAL DUNIA


MAKKAH AL MUKARRAMAH, 8 Nov
1. Tak kira pada musim haji atau umrah, berduyun-duyun para tetamu Allah datang melakukan ibadah Tawaf (yakni rukun haji dan umrah) mengelilingi Ka’abah Al Masyarrafah sebanyak tujuh kali dengan penuh khusyuk dan ta’zhim. Mereka bertahmid, bertasbih dan bertakbir semasa mengelilingi Baitullah itu. Mereka mengucup Hajarul Aswadnya sebagaimana yang dilakukan Nabi saw. Mereka berdoa di depan Multazamnya. Mereka mendirikan solat di segenap penjurunya. Mereka bersyukur kerana dapat melaksanakan perintahnya.
2. Di sebalik penyelenggaran dan pengurusan Baitullah, elok juga kita mengenali tokoh-tokoh yang berperanan dan bertanggungjawab menyempurnakan kepelbagaian aspeknya.
3. Seorang darinya ialah Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah. Namun pada hari Jumaat (6 Nov) baru-baru ini beliau telah meninggal dunia pada usia 89 tahun. Ya, 89 tahun yang gemilang dengan jasa dan bakti. Demikian lapor harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News .


4. Syeikh Ahmad dilahirkan di kampung halaman datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Mekah pada 1920. Beliau lahir dalam keluarga pertukangan seni yang terkenal dengan kehalusan kerjatangan emas yang mahsyur lagi disegani. Selepas belajar di sekolah al-Falah tempatan beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun. Al Marhum telah bekerja di kedai bapanya "Sheikh Ibrahim Badr" di Goldsmiths' Street sepanjang hidupnya.
5. Dari bapanya, almarhum dan sebahagian ahli keluarga mereka telah mempelajari kemahiran seni bertukang dengan jayanya. Bermula dari bapanya, mereka sekeluarga miliki sejarah yang panjang berkhidmat untuk Baitullah ini.
6. Bapa Al Marhum iaitu Syeikh Ibrahim Al Badr adalah pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942 lagi. Ibrahim dan dua saudaranya lagi, Mahmoud dan Ibrahim Badr, mengacu pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya.
7. Manakala Syeikh Ahmad (sebagai pewaris bapanya) telah menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979.
Kerja-kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad. Tiang dalam dan meezab, dibuat daripada emas 24-karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan. Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu. Kerja-kerja mereka termasuk rangka perak Hajar Aswad.



0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial