INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, November 26, 2009

ILMU : PENGESAH NIAT PEMBETUL AMAL

1. Al Imam Bukhari rahimahullah sangat sedar betapa penting dan utamanya ilmu pengetahuan lalu memberikan isyarat dan petunjuk yang sangat jelas kepada kita tentang itu.
2. Di dalam kitab sahihnya, Imam Bukhari menggarap satu tajuk yang berbunyi: “Bab: Ilmu sebelum perkataan dan perbuatan.” Ya, semuanya kerana keutamaan ilmu.
3. Para ulama dalam pengkajian dan analisa mereka mengatakan bahawa yang dimaksudkan al Imam Bukhari itu adalah ‘Ilmu merupakan syarat sah satiap perkataan dan perbuatan.’


4. Lalu difahamkan amalan dan perkataan yang tertegak di aats kejahilan bukan hanya tidak sempurna bahkan tidak sah. Bila tidak sah maka tiadalah pemaqbulannya bahkan pahala yang diharapkan entah ke mana.
5. Sekali lagi. Perkataan maupun perbuatan tidak akan bererti tanpa adanya ilmu. Ilmu mesti diutamakan ke atas keduanya kerana dialah yang akan mengesahkan niat dan memperbetulkan amalan seseorang.
6. Para ulama sekali lagi dapat mengesan perkara penting di dalam kajian mereka terhadap catatan Imam Al Bukhari di atas.
7. Pada mereka, al imam sengaja mengingatkan sekelian umat Islam mengenai pentingnya ilmu. Asas penting ini tidak akan berubah ataupun dapat dilemahkan dengan mana-mana alasan jua termasuklah alasan mereka yang mungkin mengatakan: “Ada ilmu pun tidak berguna kalau tidak diamalkan.” Pandangan sedemikian akhirnya hanya akan melemahkan jiwa dan semangat umat untuk menuntut ilmu bahkan sebahagian orang pula akan terbawa-bawa meremehkan ilmu pengetahuan. Lalu, terus-meneruslah mereka hanyut di lautan kejahilan dan teraba-raba di dalam belukar kealpaan dan kesesatan.
8. Untuk memperkuat dan menyokong hujjahnya, imam Al Bukhari menampilkan beberapa dalil dan hujjah yang kuat daripada sumber al quran dan hadis Nabi saw.
9. Dalam surah Muhammad ayat 19 Allah berfirman: “Maka ketahuilah! Bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan mohonlah ampun bagi dosamu dan dosa orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan.”
10. Perhatikan dengan jelas kandungan ayat di atas. Ada beberapa pengajaran penting yang dapat kita pelajari.
a. Kepada Nabi Muhammad saw, Allah Ta’ala memerintahkan baginda memahami ilmu Tauhid atau ilmu Aqidah. Lihatlah Allah memerintahkan agar ilmu didahulu dan diutamakan.
b. Kemudian Allah perintahkan pula agar baginda beristighfar yakni memohon keampunan. Bukankah beristighfar itu di antara jenis-jenis amalan?
c. Sekalipun zahir ayat nampak ditujukan kepada Nabi saw namun hendaklah difahami bahawa perintah tersebut dihalakan secara umumnya kepada seluruh umat Islam jua.
11. Wallahu a’lam bis Sowab.

Rujukan: Fiqhul Awalwiyyat - Dr Yusuf Al Qardhawi

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial