INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, August 24, 2009

MOGA DOSA KITA DILENYAPKAN

1. Akar kata Ramadhan itu ialah Ramadha Yarmudhu yang bermaksud ‘panas membakar’. Ini kerana di zaman nabi saw, setiap kali musim Ramadhan tiba, ia hadir dalam cuaca yang panas membakar dan membahang sekali.
2. Maka, berpuasa yakni menahan diri dari makan, minum dan sekelian perkara yang membatalkan puasa dalam situasi sebegini amat mencabar iman dan emosi umat, kerana dugaan maupun taklifnya yang berganda dan berada di tahap kemuncaknya.

3. Namun kerana dorongan iman dan mengharapkan pahala dari Allah swt, para mukminin dan mukminat amat tabah dan bersabar menghadapi ujian Allah itu bahkan melihat semua dugaan itu sebagai tanda kasih sayang allah swt. Saidina Ali r.a. pernah mengungkapkan bahawa salah satu dari 3 kecintaannya ialah dapat berpuasa di dalm cuaca yang amat terik membakar.
4. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu kerana dosa-dosa dapat dihapuskan (dikaffarahkan oleh puasa dan kebaikan-kebaikan yang lain sebagaimana matahari membakar tanah.
Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius membakar dan mencairkan dosa-dosanya, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas terik mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan. Wallahu A’lam.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial