INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, August 31, 2009

KUMPUL DANA UNTUK PROGRAM SUSULAN SAUDARA BARU

KUALA LUMPUR
1. Usaha menjaga kebajikan dan pengurusan saudara-saudara baru adalah usaha yang mulia. Kehadiran mereka kepada agama Allah sewajarnya diraikan kerana agama Islam agama yang membawa kerahmatan ke sekelian khasnya ke atas umatnya sendiri.
2. Pun begitu, kelancaran pengurusan dan perancangan bagi menjayakan program susulan buat saudara baru ini memerlukan kepada dana yang tidak sedkit.

3. Atas dasar itu, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui sayapnya Hidayah Centre, bakal menganjurkan Majlis Berbuka Puasa kali kelima pada 12 Sept ini dalam usaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada saudara baru.
4. “Hidayah Centre mensasarkan kutipan RM160,000 tahun ini bagi tujuan penubuhan Hidayah Centre yang baru dan pelbagai kegiatan dakwah lain. Melalui program seumpama tahun lepas, lebih RM128,000 telah dikumpulkan tetapi jumlah itu tidak mencukupi, terutamanya dengan kos operasi yang semakin tinggi,” kata Pengarah program, Nasiruddin Tahir.
5. "Program ini didianjurkan adalah untuk menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan membantu saudara-saudara baru membina kehidupan baru," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
6. Kepada yang berhajat ingin menyumbang bagi menjayakan aktiviti kebajikan, dakwah dan pendidikan ini bolehlah menghubungi Hidayah Centre di talian 03-41053159 atau 03-41089669, bagi sebarang pertanyaan. Selain itu, penyertaan boleh dibuat melalui E-Bazaar JIM di laman web www.jim.org.my/e-bazaar.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial