INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, December 12, 2008

TIGA HARI SAHAJA


Kalau Tanya berapa hari dalam seminggu, memang jawabnya tujuh hari. Dalam setahun jumlah harinya 365 hari. Kemudian, setiap orang pula mempunyai jumlah hari yang tertentu di dalam kehidupannya di dunia ini. Masing-masing tak sama. Semuanya menurut qadha qadar yang telah ditentukan Allah ke atas dirinya.


Pun begitu, selama mana pun hayat seseorang dan sepanjang mana pun usianya di dunia ini, ia tak lebih dari tiga hari saja. Tiga hari? Ya, tiga hari saja. Tiga hari yang tidak patut dilupakan oleh sesiapa sahaja.


Inilah hakikat yang tersirat di dalam kata-kata Nabi Isa as menerusi firman Allah swt : “Sejahteralah atas diriku pada hariku dilahirkan, pada hariku di matikan pada pada hari aku dibangkitkan hidup semula”. (Surah Maryam ayat 33).


Mari kita sama-sama perhatikan maksud tiga hari tersebut.

Hari pertama:

Perpindahan dari alam kandungan ibu (rahim) ke alam dunia.

Hari kedua:

Perpindahan dari alam dunia ke alam kubur.

Hari ketiga:

Perpindahan dari alam kubur ke alam akhirat.


Demikialah permusafiran yang sedang dan akan kita lalui. Kita telah melalui hari pertama kita. Dalam tempoh yang tidak lama, maut akan datang menjemput kita. Lalu, berpindah dan masuklah kita ke hari kedua yakni perpindahan ke alam Barzakh.


Bagi sekelian ahlil kubur, mereka semua dalam penantian untuk bertemu hari yang ke tiga yakni perpindahan ke alam akhirat yang kekal abadi.

Ohh, masa sungguh singkat sekali. Permusafiran yang mendatang penuh dengan kepayahan dan rintangan andai tiada bekalan yang dibawa. Nyata sekali, manusia amat leka dengan tiga hari yang Allah peruntukkan untuknya.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial