INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, December 30, 2008

Datuk Seri Harussani, Dr Wahbah Tokoh Maal Hijrah 2008








PUTRAJAYA: Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, 69, dan cendekiawan Islam dari Syria, Prof Dr Wahbah al-Zuhaily, 76, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1430H/2008M peringkat kebangsaan, di sini, semalam. Mereka menerima anugerah itu daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria
Berasal dari Kampung Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak dipilih berdasarkan kepada sumbangan menyebarkan Islam dengan tekun dan berdedikasi. Beliau anak bongsu daripada lima beradik banyak menerima anugerah kerana menyumbang pada peringkat kebangsaan sebagai Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan, Pengerusi Jawatankuasa Pentashih al-Quran, Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran dan Pengerusi Penapisan Buku-Buku Bercorak Agama di Malaysia dan Penasihat kepada Kumpulan Maybank. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Kedah dan Sekolah Anglo-Cina di Parit Buntar serta antara kumpulan pelajar Islam pertama yang mengikuti pengajian di Kolej Islam London pada 1989.


Dr Wahbah Az Zuhaili
dilahirkan di Dir Atiyyah, Syria pernah dilantik memegang pelbagai jawatan antaranya perunding Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa; Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah di Bank Islam Al-Dauli, Bahrain; Ketua Bahagian Kajian Syariah Bagi Majlis Syarie bagi Kewangan Islam Bahrain dan anggota Majlis Fatwa Tertinggi Syria. Dr Wahbah turut mempunyai kepakaran dalam bidang penulisan ilmiah dan banyak hasil penulisan beliau menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial