INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, July 22, 2008

Insiden Guru Displin Kena Tampar : Salah Siapa??

Oleh hazik
Sumber: Tranungkite@Online 22 Julai 08

"Saya bersimpati dengan nasib seorang guru disipilin di sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang dilaporkan ditampar oleh seorang bapa murid. Kejadian berlaku adalah lanjutan dari seorang guru wanita yang cuba melaksanakan peraturan sekolah yang telah ditetapkan kepada semua murid termasuklah anak-anak kepada bapa tersebut. Tindakan guru disiplin yang cuba mempertahankan guru wanita tersebut atas alasan menguatkuasakan peraturan sekolah akhirnya menjadi mangsa 'libasan tangan' bapa murid bertindak samseng. Kesan kecederaan yang dialami, guru disiplin tersebut membuat laporan polis selanjutnya.

Guru disiplin seumpama ketua penguatkuasa dalam sebuah sekolah. Beliau dibantu oleh guru-guru lain yang berada dalam jawatankuasa disiplin yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.
Tugas guru disiplin cukup mencabar dan cukup memeningkan kepala untuk dipikul. Saya yakin, tidak semua guru yang sanggup dan bersedia untuk menjadi guru disiplin melainkan atas amanah dan kepercayaan yang diberi oleh pihak sekolah. Lebih-lebih lagi jika bilangan murid yang terlalu ramai dan berbagai bangsa serta latar belakang, tentunya mengundang banyak masalah yang sukar diatasi. Tapi sayangnya, pengorbanan guru dalam mendisiplin anak-anak tidak pula dihargai. Selain guru disiplin ditampar atau dicederakan, mereka juga turut dicemuh dan kenderaan mereka dibakar, dirosak, digores dan macam-macam lagi.

Siapa yang perlu disalahkan?
- Adakah kurikulum yang masih tak menepati kerana gagal membentuk insan yang berimu dan berakhlak?
- Adakah kerana masyarakat yang mengamal hidup bebas dan tidak lagi menggunakan 'social control' sebagai kaedah membentuk akhlak anak-anak.
- Adakah media-massa atau dunia terlalu global dalam meneroka maklumat sehingga sukar dibendung kesannya terutama kepada anak-anak remaja?

- Adakah guru-guru yang diamanahkan dalam mendidik murid gagal memainkan peranannya yang sebenar?

- Adakah ibubapa/penjaga murid sememangnya belum bersedia memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka?

Apa-apa pun fikir-fikirkanlah. Sekarang ini telah banyak berlaku perkara-perkara yang cukup menjijikkan di kalangan murid-murid sekolah. Bukan setakat rokok dan hidu gam sahaja, tetapi melakonkan aksi lucah juga telah dapat disaksikan.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial