INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, May 21, 2008

MAJLIS KENDURI AQIQAH SURAU AS SYAKIRIN, PINGGIRAN USJ






Sabtu, 17 Mei, Pinggiran USJ

Tahniah kepada seluruh warga dan ajk surau As Syakirin, Pinggiran USJ, Subang Jaya di atas penganjuran kenduri Aqiqah pada Sabtu lalu.
Majlis yang bermula sejak awal pagi hingga ke petang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti. Program yang berasaskan gotong royong ' at ta'awun' ini memang sangat baik diadakan selalu kerana ia memupuk rasa kasih sayang dan silaturrahim diantara pihak surau dan masyarakat setempat.

Program sebegini juga mampu memberi kesan positif buat remaja dan anak-anak yang bakal menjadi pewaris kita pada masa yang akan datang. Antara aktiviti yang dijalankan seperti penyembelihan lembu dan kambing, melapah dan memasak, jualan amal, bacaan marhaban dan selawat serta slot ceramah khas. Perasmian program telah disempurnakan oleh YB RodziahIsmail (Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Innovasi) Kerajaan Negeri selangor Darul Ehsan.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial