INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, July 17, 2010

SALAM ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE16 BUAT AJWAD


1. Salam buat anaknda Ajwad sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke16 pada 14 Julai lalu. Beliau kini menuntut di tingkatan 4 di SMK Saujana Utama.
2. Ajwad sangat berminat dan berbakat dalam seni nasyid dan vokal. Penglibatannya sebagai artis rakaman bermula ketika beliau di darjah tiga lagi. Bersama 5 orang lagi termasuk abang sulungnya, Muhamamd Asadullah (Kini di Asasi, UIA PJ), mereka telah membentuk kumpulan TILMIZ yang seterusnya menyiapkan album TILMIZ DOA sekitar tahun 2002 terbitan Muazzin Productions. Pada tahun 2003-2004 pula, TILMIZ tampil dengan sebuah album lagi berjodol "Seharum Ramadhan Semerbak Syawal." Anda masih ingat lagikan?
3. Lagu-lagu DOA TILMIZ juga pernah ke udara memeriahkan stesyen TV dan Radio tanahair sepanjang bulan Ramadhan tahun 2003-2004 dalam bentuk kapsul menerusi slot yang ditaja sepenuhnya oleh TM (Telekom Malaysia).



4. Itu beberapa tahun dulu. Sekarang Ajwad sudah pun bergelar remaja. Suara pun dah remaja. Tentunya dah tak sama macam suaranya semasa merakamkan album TILMIZ dulu. Semuanya akan jadi sejarah yang berharga dan amat manis untuk dikenang.
5.Kini, bersempena ulangtahun yang ke16, Ajwad telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pembinaan blognya yang bernama www.ajwadaie.blogspot.com
6. Nampaknya galakan dan dorongan saya sekitar dua tahun lalu agar beliau mempunyai blog sendiri telah menjadi kenyataan. Dakwahnya dalam bidang nasyid, insya Allah tak akan berhenti. Andai ada peluang, insya ALlah...rakaman album solo beliau akan diusahakan.
7. Semangat dan azamnya untuk menulis mula berputik apabila beliau berpeluang dan berkesempatan mengkhatamkan sebahagian besar karya dua 'sifu'nya di alam siber iaitu, Ustaz Hasrizal dan Sdr Hilal Asyraf.
7. Alhamdulillah, pertemuan beliau dengan Ustaz Hasrizal sempena Pesta Buku Antarabangsa (PWTC) awal tahun ini, diikuti pertemuan beliau dengan Saudara Hilal Asyraf di majlis pertemuan penulis-penulis GISB akhir Jun lalu membakar lagi minat dan semangat beliau untuk lebih serius dan fokus dalam genre dakwah yang sungguh berkesan ini.
8. Sama-sama kita doakan cita-cita, azam dan usaha beliau. Barakallahu Fika.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial