INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, March 10, 2010

DAPATKAN NASKHAH 'LEMBUTKANLAH HATIMU' DI KLIBF’10


10 Mac, Saujana Utama
1. Alhamdulillah, buku kedua saya yang berjodol 'Lembutkanlah Hatimu' telah siap dicetak. Demikian menurut maklumat terkini dari pihak penerbit saya, Galeri Ilmu Sdn Bhd yang beribupejabat di Kota Damansara.
2. Syukur kerana cita-cita dan hasrat saya untuk terus menyampaikan mesej-mesej Islami yang baik kepada rakan-rakan dan sekelian masyarakat menerusi buku kedua ini termaqbul jua. Mudah-mudahan Allah melancarkan segala usaha dan perancangan untuk memasarkan buku ini di tengah khalayak. Saya amat mengharapkan respons serta pandangan membina dari rakan-rakan semua.
3. Terimakasih diucapkan kepada rakan-rakan di Komuniti sahabat Amal yang setia menanti buah tangan saya yang terbaru ini. Kesetiaan, doa dan sokongan anda semua amat saya hargai dan tidak akan dilupakan.

4. KLIBF’10, ataupun Kuala Lumpur International Book Fair 2010 di PWTC kini sudah semakin hampir. Sekitar 9 hari lagi, Insya Allah. Bagi rakan-rakan yang ingin mendapatkan buku kedua saya ini dan juga buku pertama "Bawa Hatimu Kepada Tuhan", jemputlah hadir beramai-ramai di Booth Galeri Ilmu Sdn Bhd.
5. Insya Allah, bersempena pemeran buku antarabangsa itu, pihak Galeri iLmu Sdn Bhd juga bakal menganjurkan satu wacana khas pada 28 Mac ini bagi membicarakan buku 'Lembutkanlah Hatimu' pada pukul 12 hingga 1 tengahari. Insya Allah, kita bertemu di sana nanti.
6. Untuk tempahan atau maklumat lanjut mengenai buku terbaru saya ini, anda bolehlah menghubungi pihak Galeri Ilmu Sdn Bhd di talian 03 61421614. Terimakasih semua.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial