INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, October 13, 2009

"UNDANG2 ISLAM LEBIH ADIL," DATUK SALLEH AHMAD (PUM)

KUALA LUMPUR:
1.Adalah tidak menghairankan andai musuh Islam dari kalangan musyrikin kuffar menghina dan memperlecehkan Islam kerana dari zaman berzaman perjuangan para anbiya telah menyaksikan sikap dan tribulasi mereka seumpama itu. Permusuhan mereka jelas dan nyata. Sama sekali mereka tidak redha dengan kita.

2. Namun, apabila Islam, syariat dan hokum hakamnya di hina dan diperlekehkan oleh penganutnya sendiri, maka ada yang tidak kena di sana. Kelihatan jelas ada usaha-usaha pihak tertentu dari kalangan penganut Islam sendiri yang sudah berani menghina agamanya yang tinggi dan syariatnya yang suci. Inilah cerita akhir zaman. Inilah apa yang Nabi saw ramalkan. Islam benar-benar menjadi dagang ‘asing’ di kalangan sebahagian umatnya. Pengamalan dan penghayatan Islam dianggap pelik dan ketinggalan zaman oleh sebahagian penganutnya yang berselindung di atas nama Islam.


3. Para ulama, muballigh, du’at, murabbi dan ummah Islam yang sejati harus lebih berhati-hati kerana sudah semakin ketara wujud usaha-usaha yang sangat halus dan terancang untuk melihat cahaya Islam terpadam dan obornya mati. Ya, mereka tak puas hati melihat perkembangan dakwah dan tarbiah Islam. Mereka sakit mata melihat syariat Allah diagungkan.

4. PUM (Persatuan Ulama Malaysia) merasa terpanggil untuk berbuat sesuatu. Media baru-baru ini ini memaparkan usaha PUM menggesa kerajaan mengkaji semua Undang-undang Kanun Jenayah Syariah negara supaya menepati tuntutan syariat serta hukuman Islam sebenar serta tidak diperlekeh pihak tertentu.

5. Hairan sekali? Kenapa mereka yang menggelarkan diri Muslim terlalu berani mengatakan undang-undang Islam ini zalim dan tidak adil? “ Undang-undang Islam lebih adil kerana tidak menzalimi seseorang, sebaliknya lebih kepada mendidik dan memberi pengajaran, termasuk apabila membabitkan hukuman sebat,” kata Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Salleh Ahmad.

6. “..Musuh Islam juga sentiasa mencari peluang memburukkan Islam dengan mendakwa undang-undang syariah seperti hukum sebat zalim dan ganas seperti isu hukuman rotan dikenakan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang turut ditentang badan bukan kerajaan (NGO) yang digerakkan oleh orang Islam sendiri. Kita (PUM) menggesa kerajaan kaji semula undang-undang (syariah) sedia ada kerana dari segi pelaksanaannya, ia sebenarnya belum cukup Islamik, “ tambah beliau lagi.

7. Hukuman Islam itu sifatnya indah, berperi kemanusiaan lagi mendidik jiwa kerana ia telah ditentukan sendiri oleh Allah Rabbul ‘Alamin, Tuhan Pencipta sekelian manusia. Adakah manusia merasakan dia lebih pandai dan pintar daripada Allah??

8. "Dalam Islam hukuman ke atas orang Islam melakukan kesalahan jenayah minum arak, minimum hukuman rotan ialah 40 kali bukan enam sebatan, tetapi bukan bertujuan mencederakan seperti sebatan mengikut undang-undang sivil," katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan hukuman syariah dan isu berhubung menghina Islam selepas Majlis Rumah Terbuka sempena Eidul Fitri anjuran PUM di Masjid al-Muhsinin di sini.




1 comments:

zaman shah said...

Undang2Islam bertujuan untuk mendidik manusia,memang sudah tradisi musuh-musuh Islam memusuhi Islam sejak zaman berzaman,tapi lebih malang lagi ada di kalangan umat Islam yang mengaku penganut muslim,masih meragui indahnya sistem atau Undang2 Islam,Hati mereka tertutup untuk menerima keindahan Islam..mereka hanya menggunakan logik akal yang semata-mata..mudah-mudahan kita bukan tergolong dalam kelompok itu..

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial