INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, January 24, 2009

WARISAN BUSH YANG AMAT MENJELIKKAN

LONDON 23 Jan.

1. "Proses damai, perhubungan AS-Saudi dan kestabilan rantau Asia Barat terancam, melainkan pentadbiran baru AS mengambil langkah-langkah tegas untuk mencegah lebih banyak penderitaan dan penyembelihan penduduk Palestin,"

2. "proses damai Asia Barat dan hubungan AS-Saudi terancam sekiranya Washington tidak menukar haluan dalam menangani konflik antara Israel dengan Palestin."

3. "Bekas Presiden AS, George W. Bush telah meninggalkan 'warisan menjelikkan' di Asia Barat, khususnya perang di Iraq."

4. "Pentadbiran Bush juga telah menyumbang kepada 'penyembelihan penduduk tidak bersalah' di Gaza."

5. "Jika AS ingin terus memainkan peranan sebagai pemimpin di Asia Barat dan mempertahankan perikatan strategiknya, terutama 'perhubungan istimewanya' dengan Arab Saudi, Washington perlu meminda secara drastik dasar-dasarnya terhadap Israel dan Palestin."

6. "Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menulis surat kepada Raja Saudi, Abdullah pada minggu lepas menggesa Arab Saudi mengetuai jihad memerangi Israel. Jika dilaksanakan, seruan jihad itu akan mencetuskan huru-hara dan pertumpahan darah yang sangat dahsyat di Asia Barat. Setakat ini kerajaan Saudi telah menolak seruan itu tetapi saban hari seruan sedemikian semakin sukar diketepikan,"

Demikian antara isi rencana Bekas Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat (AS) dan Britain, Putera Turki al-Faisal laman web akhbar Financial Times hari ini memberi amaran kepada Presiden AS, Barack Obama- Reuters

Sumber: Utusan malaysia Online




0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial