INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, October 24, 2008

Zikir Munajat Ustaz Amal


ALLAH berfirman: Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian….. (al-Baqarah: 152)
Andainya kita mengetahui akan kelebihan berzikir, pastinya kita tidak akan melepaskan peluang ini atau dianggap sebagai orang-orang yang lalai. Apa lagi, amalan ini sangat-sangat dianjur oleh baginda Rasulullah SAW.

Lantaran itu, Islamic Media Entertainment (IME) dengan kerjasama Inteam Records Sdn. Bhd. (IRSB) mengambil inisiatif terbaru mereka iaitu menerbitkan produk terbaru berjudul, Zikir Munajat oleh Ustaz Amaluddin.

Hakikatnya Ustaz Amaluddin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Amal merupakan nama yang tidak asing dengan lagu-lagu nasyid serta zikir. Pernah muncul dengan album pertama kumpulan Raihan, Puji-Pujian.

Album Zikir Munajat ini mengandungi 16 trek alunan zikir-zikir yang begitu syahdu dan menyentuh kalbu. Dimulai dengan zikir Kalimah at-Tauhid, At-Tasbih 1, At-Tahlil, Al-Hauqalah, At-Tasbih 2, Al-Istighfar, Basmalah, Al-Hamdalah, Doa dan Taubat Nabi Yunus, At-Tasbih 3, Zikrussalam, Doa Muhasab, Ya Hayyu Ya Qayyum, Doa Menghilangkan Dukacita, Hasbiallah serta Doa Pagi dan Petang.

Album yang berada di pasaran sejak September lalu boleh didapati dalam bentuk cakera padat dan kaset pada harga RM19.90 dan RM13.90.
Sumber: Utusan Online 24 okt 2008

1 comments:

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial