INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, June 9, 2008

Pengguna internet perlu berhati


6 jun, KUALA LUMPUR:”.. perlu berhati-hati apabila anda memberi data peribadi ketika melayari laman web kerana wujudnya banyak penipuan sejak akhir-akhir ini sehingga mangsa boleh kehilangan wang dalam bank”, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof pesan nya Para pengguna internet


Katanya lagi:

1. taktik penjenayah siber ini sangat licik kerana mereka hanya memerlukan data seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, kata laluan dan sebagainya untuk mencuri wang mangsa dari bank.

2. Antara contoh penipuan dalam laman web ialah mengatakan anda menang dalam satu pertandingan dan memerlukan anda memasukkan semua butiran peribadi untuk menuntut hadiah wang tunai atau hadiah.

3. Jangan mudah- mudah memuat turun gambar mereka dalam laman web kerana terdapat banyak kes membabitkan gambar 'superimpose' iaitu mengubah suai gambar mangsa kepada bentuk lucah.

4. Gambar yang disebarkan melalui laman web mungkin akan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan niat jahat seperti mengugut dan memalukan mangsa tersebut.

Fakta: CyberSecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dipertanggungjawab oleh kerajaan untuk menyediakan bantuan keselamatan siber dalam bentuk pendidikan, promosi dan bimbingan kepada semua pengguna Internet di dalam negara. Pengguna internet yang memerlukan bantuan atau ingin membuat aduan mengenai kes berkaitan keselamatan internet boleh melayari www.cybersecurity.org.my. - Bernama

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial